(D.R.31/2012) Rang Undang-undang Perbekalan 2013 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”
(28 September, 2012)

DAN

Usul dibuat oleh YAB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :-
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari empat puluh sembilan bilion tujuh ratus empat puluh sembilan juta sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu ringgit (RM49,749,999,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2013, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 9 Tahun 2012, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan tujuh dan lapan senarai tersebut.”

No comments:

Post a Comment